Friday, June 28, 2019

Selamat Menduduki Ujian Gerak Gempur 1... Sudah Bersedia???


Pejam celik, pejam celik, dalam sedar atau tidak tarikh UPSR sudah semakin hampir. Peperiksaan pertengahan tahun sudah berlalu, masih terdapat banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Belajar dan menduduki peperiksaan adalah situasi yang berbeza. Terkadang murid terlihat bagus kerana mampu menghasilkan jawapan yang baik dan tepat melalui perbincangan, sebaliknya apabila menduduki peperiksaan secara bersendirian, entah ke mana hilangnya semua idea atau jawapan yang baik dan tepat itu.

Mohon kerjasama ibu bapa dan penjaga untuk memantau pembelajaran anak-anak di rumah bagi memastikan mereka sentiasa membuat ulangkaji sebagai salah satu langkah menghadapi peperiksaan. Terus memberi sokongan dan semangat kepada mereka agar terus berfikiran positif dan sentiasa berkeyakinan tinggi untuk melakukan peningkatan dari semasa ke semasa.

Suka diingatkan, penggunaan zoom-a sebagai bahan ulangkaji amatlah digalakkan. Ibu bapa boleh membantu anak-anak memilih kemahiran yang masih mereka tidak kuasai.

Buat anak-anak tahun 6:
Selamat Mengulangkaji Pelajaran... Selamat Menduduki Ujian Gerak Gempur 1-... Semoga beroleh keputusan cemerlang...

#SepasukanKerjasamaSKSUUnggul