Thursday, August 29, 2019

Coretan Ringkas Program Santai Ilmu 2019



Alhamdulillah, Program Santai Ilmu Tahun Enam 2019 yang diadakan pada 24 Ogos lalu telah berlangsung dengan jayanya. Program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR kali ini mengadakan aktiviti santai ilmu di sekitar kawasan SK Sungai Udang, Melaka.

Aktiviti yang dijalankan dalam santai ilmu ini lebih antaranya bertujan untuk menyerap motivasi diri kepada murid agar terus gigih berusaha, sentiasa fokus dan teliti terhadap apa yang dilakukan, tidak cepat mengalah dan banyak lagi perkara positif yang lain.

Sungguhpun pembelajaran dilihat begitu santai dengan aktiviti bermain, namun murid tetap mendapat sedikit sebanyak ilmu dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Maklum balas yang begitu positif juga diperolehi daripada setiap murid dalam aktiviti-aktiviti yang terus dilakukan. Ada juga murid yang bernama Amir (nama sebenar) mencadangkan agar program ini diteruskan lagi sambil disambut tepukan gemuruh daripada rakan-rakannya.

Semoga apa yang telah diusahakan dan telah dijalankan dihargai oleh semua murid-murid tahun 6. Diharapkan mereka terus istiqamah dalam perjuangan menuntut ilmu tanpa pernah berasa lelah dan mengalah.

#SepasukanKerjasamaSKSUUnggul

Pautan gambar : Gambar aktiviti santai ilmu