En. Juhaizan (KP Matematik) memberi taklimat berkaitan persediaan Pameran Matematik
Sudah menjadi kelaziman setiap tahun Panitia Matematik SK Sungai Udang akan mengadakan Pameran Matematik sebagai sebahagian aktiviti Pasca UPSR yang melibatkan sebahagian besar murid-murid tahun enam selaku urusetia. Pameran ini akan berlangsung selama 4 hari bermula pada 30 September hingga 3 Oktober 2019.Persediaan telah dibuat dengan murid-murid tahun 6 dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut topik Matematik. Aktiviti ini diharap dapat memberi manfaat kepada mereka selaku urusetia pameran dan kepada seluruh warga SK Sungai Udang yang bakal mengunjungi pameran itu nanti.
Bagi murid-murid tahun 1 hingga tahun 5, mereka boleh memanfaatkan pameran ini sebagai medan untuk mengulangkaji topik-topik matematik yang telah dipelajari. Tidak sekadar berkunjung ke pameran tersebut, murid-murid diharap dapat bersoal jawab dengan urusetia bagi mendapatkan ilmu berkaitan kemahiran-kemahiran bagi setiap stesen yang mereka kunjungi. Bagi urusetia pula diharap dapat menggunakan medan ini untuk menjadi seorang yang lebih berani, berketrampilan dan sentiasa bersedia berkongsi ilmu yang mereka ada.
Antara rakaman bergambar aktiviti persediaan Pameran: