Pada Jumaat, 14 Februari 2020 telah berlangsung Program Ceramah Motivasi Diri & Sahsiah Terpuji melibatkan semua murid Tahun 6. Ceramah bertujuan untuk memberi motivasi kepada murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini disamping untuk memastikan mereka sentiasa positif dan mempunyai sahsiah diri yang terpuji. Semoga apa yang telah disampaikan dapat memberi manfaat kepada murid-murid Tahun 6 SK Sungai Udang, Melaka.
Berikut sebahagian gambar aktiviti ceramah yang sempat diambil: