Kehadiran Cikgu Amar(Top Fan FB@GPP) menyerikan lagi suasana pertandingan
Pendidikan bukanlah semata-mata peperiksaan sebaliknya merangkumi pelbagai aspek kemenjadian murid melalui penerapan nilai-nilai murni sebagai agenda utama. Sungguhpun UPSR 2019 telah selesai diduduki, murid-murid tahun 6 masih perlu menjalani sesi persekolahan seperti biasa. Pelbagai aktiviti riadah ilmu & sukan telah dirancang oleh guru-guru, ada yang telah bermula dan ada lagi yang masih menunggu waktunya. Kerjasama semua pihak sudah tentu diharapkan bagi menjayakan setiap perancangan yang telah dibuat.
Antara program yang telah dirancang termasuklah cipta logo & bendera pasukan, simulasi haji, pengurusan jenazah, bimbingan awal remaja, temasya sukan, membuat layang-layang, permainan kecil, lawatan, e-games, chef cilik, eco bazar, pameran, aktiviti keceriaan, sesi bergambar, jamuan akhir tahun, gradusi dan bermacam-macam lagi.
--->Kemaskini keputusan Temasya Sukan Pasca UPSR 2019
Antara aktiviti yang telah dijalankan:
Bimbingan Awal Remaja
Cipta Logo Pasukan
Simulasi Haji
Permainan Kecil - Kapal Terbang
Keusahawanan - Pembungkusan & Jualan Kerepek
Semoga penyertaan murid-murid dalam segala aktiviti yang dianjurkan dapat memberi manfaat dan pengalaman bermakna sebelum meninggalkan alam persekolahan di peringkat sekolah rendah.
#SepasukanKerjasamaSKSUUnggul