Saturday, November 2, 2019

Pameran 3 Panitia, Eco Bazaar & Minyak Masak Terpakai


Waktu berlalu pantas, sesi persekolahan 2019 bakal berakhir tidak lama lagi. Murid-murid tahun 6 sudah pasti tidak akan bersama lagi dalam sesi persekolahan pada tahun hadapan kerana melangkah setapak ke alam menengah pula. Justeru itu, murid-murid mesti perlu terus hadir ke sekolah dan menggunakan peluang yang ada bukan sahaja untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang diadakan bahkan juga boleh membuat banyak amal untuk sekolah kesayangan kita ini.

Aktiviti Pasca UPSR 2019 banyak memberi pengetahuan dan pengalaman baru kepada murid-murid. Terkini aktiviti Pameran anjuran 3 panitia iaitu Panitia BM, Panitia BI dan Panitia Sains. Semua murid tahun 6 telah diberikan peluang untuk menjadi pembimbing kepada adik-adik dari prasekolah hingga tahun 5 menerokai ilmu melalui pameran yang telah dianjurkan oleh panitia-panitia tersebut.

 




 

Program keusahawanan Ceritera Eco Bazaar 2019 juga telah berjaya diadakan dengan melibatkan semua murid tahun 6 yang telah ditugaskan mengendalikan gerai-gerai jualan dengan sokongan daripada ibu bapa dan guru-guru dengan sumbangan sama ada barang-barang terpakai atau idea-idea yang sedikit sebanyak membantu mereka melaksanakan tugas yang diberi dengan begitu baik. 







Kempen mengumpul minyak masak terpakai untuk diproses semula menjadi biodisel juga masih berlangsung. Kempen yang diadakan adalah kerjasama dengan Persatuan Kitar Semula SK Sungai Udang, Melaka. Murid-murid membawa minyak masak terpakai dari rumah masing-masing untuk disumbangkan. Selain itu, warga SKSU termasuk pentadbir, guru-guru dan kantin sekolah juga turut menyumbang. Kempen ini bukan sekadar untuk mendapatkan dana tetapi lebih kepada didikan dan memberi kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.

 

 

 



 


Sebenarnya banyak aktiviti yang telah dilaksanakan yang mungkin tidak sempat untuk dicoretkan di sini. Semoga murid-murid  bersemangat untuk terus hadir ke sekolah dan sentiasa positif untk melibatkan diri dalam setiap aktiviti. Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Kita lakukan yang terbaik untuk masa depan anak-anak SKSU.

S.K.S.U..... Sepasukan Kerjasama SKSU Unggul.....